Sebuah Kisah Untuk Renungan Bersama
"Cik, tolong saya cik. Saya perlu duit, buat tambang bas ke KL."
"Pakcik nak ke mana?"
"Kamu ni pekak ke apa? Aku nak ke KL la!"
"Oh, KL. Kalau macam tu, naik dengan saya la. Saya bayarkan tambang pakcik."
"Eh, tak payah susah-susah. Saya boleh naik sendiri. Cik bagi duit je."
"Kalau macam tu susah la pakcik. Sebab..."
"Apa yang susahnya? Kamu bagi je la duit tu! Bukan mahal sangat pun!"
"Sebab bas sekarang ni cashless. Dia pakai kad Touch N Go, tak terima wang tunai dah."
"Kamu tak nak tolong, cakap je la! Saje nak buat-buat cerita. Sejak bila cashless?"
"Saya guna bas sejak tahun 2007. Bas ni cashless sejak tahun 2011."
"Betul tu pakcik. Bas ni cashless dah lama. Ke, pakcik yang tak pernah naik bas, lepastu nak scam kami?"
Krikk krikk
Bukan kisah sebenar. Tapi related dengan dua situasi.
1) ramai yang tak cakna tentang amalan cashless oleh Rapid KL. Penggunaan kad touch N Go di dalam bas, khususnya. Pernah sekali saya nampak orang nak guna mrt guna TnG eWallet. Bukann bukannnn bukannn
2) Scammer ATM oleh warga negara Tanah Besar China, menggunakan modus operandi yang lebih kurang sama macam cerita di atas.
Apa yang perlu kita buat?
1) Berhati-hati. Curiga itu perlu ada pada orang sekeliling. Namun dalam masa yang sama perlu cakna dengan sebarang perubahan yang berlaku.
2) Sekiranya berhadapan dengan situasi di atas, jangan cakap banyak. Terus bawakan mereka pada pihak berkuasa. Polis bantuam contohnya. Kalau mereka benar-benar memerlukan bantuan, mereka akan berterima kasih dengan anda. Dan begitu juga sebaliknya.
Moga perkongsian ini bermanfaat.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!