Bila Nostalgia Menjengah
Sementara menunggu waktu Isyak ni kan, tetibe otak mengenang nostalgia silam. Zaman-zaman dulu, masa nak mengenal dunia.
Lepas SPM, saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan iklan. Kecil saja syarikatnya, namun mungkin kerana berkat lokasinya yang terletak berhadapan masjid, macam-macam yang saya belajar. Banyak, tapi kali ini saya hanya akan berkongsi ketika kami menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama.
3 tahun bersama, 3 kali Ramadan dan Syawal dilalui. Dan setiap tahun ada kisah tersendiri. Tahun pertama, masih main-main. Tahun kedua, mungkin setelah syarikat tu hantar semua stafnya mengerjakan umrah, dan hantar ke training ESQ pada tahun berikutnya, jadi Ramadan yang disambut menjadi lebih bermakna.
Tahun pertama dan kedua, kami berbuka bersama di pejabat setiap hari. Malah, hidangan sahur juga disediakan. Kami hanya perlu makan, dan bersihkan peralatan apabila selesai. Tahun ketiga, tradisi tersebut tidak diteruskan, ke saya yang tak ingat? 😅
Solat tarawih itu mesti, bukan wajib, sebab pejabat kami betul-betul depan pintu masuk masjid. Bukan sekadar solat tarawih, malah setiap solat fardu, kami akan berjemaah di masjid. Kami yang perempuan ni kadang rasa bersyukur sebab khutbah Jumaat dapat didengari dengan jelas dari pejabat kami.
Tadarus, itu pasti. Lepas solat tarawih, kami akan berkumpul untuk bertadarus beramai-ramai. Masa tu zaman tiga tiga sekupang, jadi semua orang pegang mushaf masing-masing.
Bertadarus la kami sehinggalah kami khatam. Majlis khatam Quran kami, diadakan sekali dengan rumah terbuka syarikat. Meriah betul masa tu. 3 khemah, macam majlis kahwin!
Tahun ketiga, kami adakan program qiamulail, setelah progam bacaan yasin dan solat hajat / solat tasbih diadakan secara mingguan setiap Isnin dan Khamis. Bermalamlah kami di pejabat lepas tadarus. Yang lelaki, tidur bergelimpangan di ruang tamu, yang perempuan tidoq dalam bilik.
Mungkin kerana padatnya jadual di bulan Ramadan, banyak kali saya tertidur di masjid selepas solat Zuhur. Pernah sekali, saya tidur dan kawan saya mengaji depan saya. Rasa macam praktis jadi jenazah pula masa tu. Huhuhu.
Bila dikenangkan kembali, banyak kenangan yang tercipta masa kerja kat situ. Ramai rakan-rakan pejabat yang telah pergi menghadap Ilahi. Mengenangkan itu, saya menangis.
Semoga mereka yang telah dijemput Allah, ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Semoga kita yang masih hidup, direzekikan Allah untuk terus beribadah kepadaNya. Aamiin.
Al Fatihah buat mereka yang telah tiada.
Rasa lucu apabila sedang tidur macam jadi jenazah pula ketika kawan mengaji di depan. Rasa sedih pula apabila baca ramai rakan pejabat pergi menghadap Ilahi. Semoga mereka tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeletesetiap pengalaman yg dilalui dijadikan kenangan/ pengajaran/ pendoman dalam kehidupan. al fatihah buat yg telah pergi. selamat menjalani ibadat puasa 🥰🥰
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeletePH datang balas kunjungan :)
ReplyDeleteBestnya aktiviti Ramadhan di syarikat ni. Teringat pula ofis PH kerja dulu, kami tadarus waktu lunch time. Lepas tu ada iftar ofis; berbuka dan solat terawih sama². Seronok!
Zaman dulu 3310 tu phone paling canggih kot ye :)
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
ReplyDeleteBetul terkadang ada kala memang tercampak balik kenangan lama. Keluarga, saudara dan sahabat antara yang memberi makna dalam hidup kita. Kerja tak lama, memang tiada kenangan dengan officemate. Seronok baca nostalgia lama ni.
bagus syarikat mcm ni...dunia & akhirat selari...kiranya stay sampai sahur ke..sbb ada sediakan juadah bersahur..training ESQ tu mahal jg yurannya..
ReplyDeleteKami balik sekejap untuk tidur dan kembali ke pejabat untuk bersahur jam 3-4 pagi.
DeleteSeronok dapat kerja mcm tu.. Bukan senang dapat kerja yg kita dapat solat, baca quran etc ...
ReplyDeleteWaaa menarik dan satu kelebihan tmpt kerja berhadapan dgn masjid.. seronok dpt berjemaah setiap masa...
ReplyDeleteSeronok dapat join company yg target bukan dunia je tapi akhirat juga
ReplyDeleteBestnya environment kerja camni. Mesti boss nya baik kan, siap bawak staff pergi umrah lagi. Kerja sampai malam ke? Sebab lepastu pergi tarawih sama2
ReplyDeleteRezeki dapat bekerja di syarikat tersebut dan dikelilingi dengan rakan sekerja yang bersama-sama berusaha ke arah akhirat. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua
ReplyDelete