Sementara menunggu waktu Isyak ni kan, tetibe otak mengenang nostalgia silam. Zaman-zaman dulu, masa nak mengenal dunia. Lepas SPM, saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan iklan. Kecil saja syarikatnya, namun mungkin kerana berkat lokasinya yang terletak berhadapan masjid, macam-macam yang saya belajar. Banyak, tapi kali ini saya hanya akan berkongsi ketika kami menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama. 3 tahun bersama, 3 kali Ramadan dan Syawal dilalui. Dan setiap tahun ada kisah tersendiri. Tahun pertama, masih main-main. Tahun kedua, mungkin setelah syarikat tu hantar semua stafnya mengerjakan umrah, dan hantar ke training ESQ pada tahun berikutnya, jadi Ramadan yang disambut menjadi lebih bermakna. Tahun pertama dan kedua, kami berbuka bersama di pejabat setiap hari. Malah, hidangan sahur juga disediakan. Kami hanya perlu makan, dan bersihkan peralatan apabila selesai. Tahun ketiga, tradisi tersebut tidak diteruskan, ke saya yang tak ingat? 😅 Solat tarawih itu mesti...