Posts

Showing posts from March, 2026

Istiqamah Selepas Ramadan

Ramadan adalah madrasah tarbiah yang melatih jiwa untuk dekat kepada Allah. Namun ujian sebenar bukan hanya ketika berada di dalam Ramadan, tetapi bagaimana seseorang itu mengekalkan amal selepas Ramadan berakhir. 🌙 1. Tanda Ramadan Diterima ialah Istiqamah Para ulama menyebut: Antara tanda sesuatu amal itu diterima oleh Allah ialah apabila seseorang diberi taufik untuk terus melakukan kebaikan selepasnya. Jika selepas Ramadan kita masih menjaga solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah dan menjaga akhlak, itu petanda bahawa Ramadan memberi kesan kepada hati kita. 2. Jangan Jadikan Ramadan Musim Ibadah Semata-mata Ada orang yang sangat rajin beribadah dalam Ramadan tetapi meninggalkannya selepas itu. Sedangkan Rabb Ramadan adalah juga Rabb sepanjang tahun. Ibadah yang sedikit tetapi berterusan lebih dicintai Allah daripada ibadah yang banyak tetapi terhenti. 3. Amalan Ringkas Untuk Kekal Istiqamah Beberapa amalan mudah yang boleh diteruskan selepas Ramadan:  • 📖 Baca al-Quran...

Photo Of The Day 006

Image
 

Selamat Hari Raya 1447H

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 

Photo Of The Day 005

Image
  Siapa yang pernah buat macam ni, maknanya dia dah tua. Heheheeh

Corat-coret Training ESQ Special 4 Ramadhan 7-8 Mac 2026

Image
Masa training ESQ yang lepas, saya diserang cirit-birit menjelang waktu berbuka. Disebabkan itu, mood nak bercerita tentang program ni macam hilang sikit. Tapi tetap la nak menulis tentang program ni.  Memandangkan training kali ni diadakan di Bangi, saya tak boleh gerak seperti ketika ia diadakan di Shah Alam. Tambahan pula, bulan Ramadan biasanya lalulintas menjadi lebih menduga kesabaran menjelang waktu berbuka. Maka, untuk mengelakkan rasa kurang selesa itu, saya ambil keputusan untuk bekerja separuh hari dan terus ke Bangi pada waktu tengah hari.  Tetap la, kena sidai di perhentian bas selama sejam. Disebabkan kebanyakan pemandu beragama Islam, jadi kewajipan menunaikan solat Jumaat itu diutamakan dahulu.  Anda rasa panas? Pakai la spek mata hitam. Nescaya kurang la rasa panas tu. Nak beli? Kat SINI Saya pakai kedua-dua spek tu. Rasa berat? Tidak, malah rasa selesa.  Dah sampai, kita setup dewan macam biasa. Kemudian berbuka dengan laksa Mister Laksa. Ada saya c...

Minggu Terakhir Puasa Sebelum Raya

Image
Minggu terakhir puasa sebelum raya. Apa yang boleh dibuat? Pecah tabung raya. Tahun ni special sikit simpan duit cash sebab dah ada binder. Smart sikit cara simpan. Sekarang saya buka tabunh memang secara fizikal dan simpan duit secara tunai. Kenapa? Tabung online semua ada tujuan lain dan saya malas nak tambah tabung online baru. Simpam secara tunai macam ni best juga.  Bila tabung dah penuh, kita tunggu saat yang sesuai untuk gunakannya. Beli baju raya, buat persiapan raya, bagi duit raya. Semuanya simpan dalam sampul begini. Nanti nak bayar, hulur terus dengan sampul sekali. Senang. Kalian macam mana? 

Iftar 11 Mac 2026 dan Selamat Hari Jadi!

Image
Meriah berbuka puasa kali ni. Makan Shellout! Setelah beberapa tahun kebelakangan ni, kami berkumpul untuk makan colek sebagai moreh, kalini kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa bersama, sambil meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang kawan kami. Disebabkan dia kalau jumpa seafood macam 10 tahun tak jumpa awek, makanya kalini kami makan di D'Shell yang terletak di Seksyen 26, Shah Alam.  Ada banyak set mengikut jumlah pax yang nak makan. Kami pilih set C, yang mana ada 2 set shellout iaitu spicy dan butter. Dua-dua sedap.  Rasa macam nak repeat lagi je lepas raya nanti. Huhuhu Apa hadiah yang kami berikan? Sebuah helmet. Sikit lagi member tu nak nangis. Sebab ye la, tak sangka dapat helmet. Dia mintak hadiah bawah RM100 je. Mana maunye kami. Hahahahaha  Selamat Hari Jadi!

Photo Of The Day 004

Image
 

Iftar 16 Ramadan 1447H

Image
Harini menu iftar special sikit. Asyik nasi 1 lauk je kan. Kali ni kita bagi padu punya. Lagipun dah alang-alang sampai di Bangi, kalau tak pekena laksa telur sarang ni tak sah! Laksa telur sarang ini boleh didapati di Mister Laksa, Bangi. Boleh cari waze dan follow di Instagram . Untuk bulan Ramadan, Mister Laksa boleh didapati di bazar Ramadan di sekitar Bangi.  Saya makan laksa telur sarang campur cendawan enoki. Memang terangkat jadinya.  Untuk musim perayaan, Mister Laksa ada membuka tempahan laksa untuk rumah terbuka dan jamuan raya. Datang dalam Set Tetamu dan Set Kenduri, pakej yang ditawarkan pasti memuaskan hati.  Tak puas makan sebenarnya tapi sebab perut dah penuh, kita belikan untuk kawan-kawan yang belum rasa laksa telur sarang yang ke 157 kali. Hehehee. Over nau 157 kali tu. Haha Yang ada di sekitar Bangi, Kajang, Cyberjaya dan Putrajaya jangan lupa rasa laksa ni ya! 

Webinar Di Bulan Ramadan

Image
Masuk bulan Ramadan, ramai majikan mula mengadakan webinar secara atas talian. Pelbagai platform digunakan, dengan tujuan menyampaikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk tugasan seharian.  Bahagian tempat saya bekerja tidak terkecuali. Sebelum ini, saya cuma menjadi pendengar setia, kadang bertanya jika ada kekeliruan. Cuma, kali ini saya menjadi salah seorang penceramah bagi sesi selama satu jam. Memandangkan sebelum ini memang pernah mengadakan sesi sebegini di bahagian sebelum ini, jadi saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.  Tapi kalau nak glitch tu, siap la macam mana pun dia tetap akan jadi. Namun segalanya berjaya diatasi dengan baik.  Benda paling wajib. Mic dan kamera. Kalau tak, audiens tak nampak wajah saya yang cantik ni. Huhu

Black Maria - Veto

Image
Tengah sedap buat kerja, tiba-tiba lagu Veto nyanyian Black Maria berkumandang. Baru teringat, memang lagu ni ada dalam senarai lagu saya. Memang lagu ni jadi lagu kegemaran saya sehingga kini.  Kumpulan Black Maria merupakan salah sebuah kumpulan rock moden (nu-metal) yang cukup dikenali di Malaysia, terutamanya pada awal tahun 2000-an. Mereka sering dikaitkan dengan kebangkitan muzik rock yang lebih keras namun mempunyai melodi yang "catchy". 1. Latar Belakang & Genre Asal:  Malaysia. Ditubuhkan:  Sekitar tahun 1998. Genre:  Nu-Metal / Modern Rock. Kejayaan Besar:  Mereka pernah memenangi anugerah  Artis Baru Terbaik  di  Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-8  pada tahun 2001, menewaskan calon-calon hebat lain pada masa itu. 2. Diskografi & Lagu Popular Album mereka yang paling ikonik bertajuk  Veto  yang diterbitkan pada tahun 2000 di bawah label Garang Records. Antara lagu yang sering diputarkan di radio dan menjadi siulan...

Photo Of The Day 003

Image
  Tapi ini bukan tentang kasut.

Tukar Duit Raya

Image
Dah masuk minggu kedua Ramadan ni, ramai orang mula serbu kaunter bank untuk tukar duit raya. Macam Affin Bank di UiTM ni, ramai dah datang dari semalam. Harini pun ramai. Saya sebenarnya dah tukar duit raya dari tahun lepas lagi. Tak ke kaunter bank sebaliknya simpan duit kecil dari perbelanjaan. Saya juga memang akan datang sini pada hari gaji untuk keluarkan wang perbelanjaan harian secara tunai. Cuma itulah, bila orang tahu kita ada akaun di bank ni, ramai la yang minta tolong. Saya tak kisah asalkan tak mengganggu tugas seharian.  Anda?

Jalan-jalan Ke Muzium Negara

Image
Hujung minggu di bulan Ramadan, selain buat persiapan raya, kalian buat apa? Kalau saya, pergi Muzium Negara. Hehehe Asalnya saya nak ke sana dengan kenderaan awam je, memandangkan akses ke sana memang dah ada melalui MRT. Tapi pagi semalam, kawan saya mesej ajak ke Aneka Walk di Shah Alam. Saya beritahu perancangan saya, dan dia berminat nak ikut. Jadi kami ke sana naik kereta.  Bukannya saya tak pernah ke Muzium Negara sebelum ni. Tapi disebabkan ada pameran "Tunku Negarawan Ulung : Pengasas Negara Bangsa", so rasa nak pergi lagi. Dah tengok pameran tu, memandangkan kawan saya tu kali pertama ke Muzium Negara, saya pun temankanlah kawan saya tu berjalan di sekitar situ.    Gambar ikonik Tunku Abdul Rahman.  Nampak kerusi je, duduk. Almaklumlah, puasa. Kita pula sahur hanya dengan air kosong. Hehehehe Dah habis berjalan, kawan ajak solat di surau. Saya kata, "apa kata kita solat di masjid?" maka kami pun terus menuju ke Masjid As-Syakirin, KLCC. Lepas solat, kami q...