Posts

Showing posts from October, 2026

Photo Of The Day 031

Image
 

Life begins at forty, huh?

 Pagi ni aku mendapat emel pemakluman, salah seorang staf telah kembali ke rahmatullah pada usia 40 tahun. Ia membuatkan aku termenung seketika.  Life begins at forty, huh?  Macam kena sangat dengan situasi ini. Bezanya, hidupnya bermula di alam barzakh. Kita? Berapa ramai di antara kita yang dapat melepasi angka usia 40, dan dapat merasai pengalaman baru yang orang lain tak dapat? Berapa ramai di antara kita yang bukan sahaja melepasi angka 40, malah 60, 80, 100?  Kita lihat seketika ke seminggu lepas, di mana kita kehilangan Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, di usia 100 tahun. Salam takziah buat keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad, semoga Tun M sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.  Bagaimana dengan mereka yang tidak sempai merasai usia 40 itu? Mungkin mereka tidak sempat pun merasai usia 20?  Sabtu lepas, kita dikejutkan dengan kematian Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, yang beru berusia 16 tahun. Belum sempat mengecap usia 20, beliau sudah dipanggil mengahadap ...