Posts

Showing posts from April, 2026

Photo Of The Day 011

Image
 

Rezeki Bukan Milik Manusia

Rezeki pada hakikatnya bukan milik manusia. Ia adalah milik Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Manusia hanya sekadar pemegang amanah dan perantara dalam perjalanan rezeki itu. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: “Dan tidak ada satu makhluk melata pun di bumi melainkan Allah yang menjamin rezekinya.” (Surah Hud: 6) Ayat ini mengingatkan kita bahawa rezeki setiap makhluk sudah berada dalam pengetahuan dan jaminan Allah. Manusia mungkin menjadi sebab atau saluran, tetapi pemilik sebenar rezeki tetap Allah SWT . Sering kali kita menyangka: • Majikan memberi rezeki kepada pekerja. • Pelanggan memberi rezeki kepada peniaga. • Ibu bapa memberi rezeki kepada anak. Hakikatnya semua itu hanyalah wasilah (perantara) . Jika Allah mahu menahan rezeki, tiada siapa mampu memberinya. Dan jika Allah mahu melapangkannya, tiada siapa mampu menghalangnya. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya Ruhul Qudus (Jibril) membisikkan ke dalam hatiku bahawa tidak akan mati seseorang ...

Pengurusan Zakat

  Pengurusan Zakat merujuk kepada proses merancang, mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat secara sistematik agar hak golongan yang berhak (asnaf) dapat dipenuhi dengan adil dan berkesan. Dalam konteks Islam, pengurusan zakat bukan sekadar aktiviti kewangan, tetapi satu amanah syariah yang mempunyai dimensi ibadah, sosial dan ekonomi. 1. Pengertian Pengurusan Zakat Pengurusan zakat ialah keseluruhan sistem yang melibatkan:  • Kutipan zakat daripada umat Islam yang memenuhi syarat.  • Pentadbiran dan pengurusan dana zakat.  • Pengagihan kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan oleh syarak. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, orang-orang yang dijinakkan hatinya (muallaf), untuk memerdekakan hamba, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk musafir.” (Al-Qur’an, Surah al-Taubah: 60) Ayat ini menjadi asas utama kepada sistem pengurusan zakat dalam Islam. 2. Prinsip Pengurusan Zak...

Ketentuan Allah Itu Baik

  Saya mendengar kisah menarik ini dari seorang ustaz, bahawa Ibnu Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa kesakitan. Raja pun bertanya pada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya.   "Baik, wahai Raja," jawab menteri itu tanpa keraguan.   "Apa? Kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.   "Ya, wahai Raja. Itu baik."   Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian raja meng...

Photo Of The Day 010

Image
 

10 Benda Kau Kena Ingat Kalau Nak Improve Hari Demi Hari

  10 benda kau kena ingat kalau nak improve hari demi hari - dan tak stuck sebab overthinking 1. Takde siapa pun fikir pasal kau sangat - Semua orang busy fikir masalah dia sendiri - Kau gagal pun, orang lupa esok   2. Buat benda baik sikit je, tapi hari-hari - Tak mampu buat besar, takpe - Yang Allah suka tu amalan konsisten, bukan viral   3. Jangan tunggu perfect baru nak start - "Nanti aku ready, nanti aku mula" = alas an - Mula sekarang. Sambil jalan, upgrade   4. Tak payah overthinking pasal apa orang cakap - Kau buat pun orang kecam - Kau tak buat pun orang kecam - Jadi buat je   5. Disiplin tu ibadah yang orang tak Nampak - Bangun awal, jaga masa, jaga janji - Itu semua tanda iman

Betul Ke Kerajaan Korea Jual Nama Keluarga?

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saya teringat yang saya pernah lendengar tentang nama keluarga di Korea. Jadi aaya pun bertanya pada ChatGPT. "Saya pernah dengar, pada zaman dahulu kerajaan Korea menjual nama keluarga. Adakah itu betul? Jika ya, boleh dapatkan saya sejarah penuh mengenainya?" Nak tahu saya dapat jawapan apa? Ya — ada bukti sejarah bahawa di zaman dahulu di Korea, sistem nama keluarga (marga/“surname” / “clan name”) tidak selalu milik semua orang; dan di beberapa periode, golongan biasa (atau bekas hamba) boleh memperoleh nama keluarga — kadang-kadang melalui pembayaran atau “pembelian” status — alih-alih semata-mata warisan darah.  Berikut penjelasan sejarah secara penuh (atau seampuh mungkin berdasarkan sumber yang ada), serta perdebatan dan batas ketepatannya 👇 --- 📜 Asal-usul sistem nama keluarga di Korea Pada masa awal — zaman kerajaan seperti Silla (57 SM – 935 M) — hanya kalangan bangsawan dan aristokrat / kerabat diraja yang memiliki marga (su...

Shine...

  Tidak peduli bekas pelukan siapa. Tidak peduli setulus apa dengan masa lalunya. Tidak peduli seberapa lama dia bersama masa lalunya. Tidak peduli kenangan apa yang telah diberikan. Dan tidak peduli kisah apa yang sudah dirangkai dengan masa lalunya. Yang penting dia sekarang milikku.   Bila teringat itulah rindu. Apabila kita menangis kerananya, itulah sayang. Apabila kita mendoakannya meskipun tidak bersamanya itulah cinta.   When you understand that the whole world is a mirror of your nervous system, you will realize that no one is out to get you. It’s you battling you.   Rumah kena kecil, kereta kena terbaik. “Orang Islam, pergi rumah, balik masjid.”   Padahal kamu hanya memperbaiki solatmu, tapi Allah balas dengan memperbaiki segala hal dalam hidupmu, Masya Allah.   There is so much freedom in taking nothing personal. Someone doesn't like you? Okay. Someone is judging you? Who cares? Someone doesn't want to ...

Photo Of The Day 009

Image
 

NIKMAT YANG RAMAI MANUSIA TERLEPAS PANDANG

 Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya. "Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya. “Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.” Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan "air" itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati. Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.” Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air it...

E.L.A.K

Image
Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat. L - Lebihkan minum air kosong A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik Kesihatan kita, tanggungjawab kita. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Macam Mana Korang Guna Kad Kredit?

Image
 Setel pecah 2 tabung wishlist. Payment wishlist pakai CC dulu. Dah selesai, baru pecah tabung untuk bayar balik CC. Haritu dah nak tutup semua CC tapi ada yg advice supaya hold 1 CC untuk kegunaan akan datang.  Yang penting, duit kena ada dalam tangan, baru guna CC. Baru bijak. Dulu masa guna CC, kita guna dulu baru bayar, tapi duitnya tak ada lagi. Itu yang sampai satu level, mampu bayar minimum je. Bila jadi camtu, interest pun makin tunggi dan hutang pun bertambah.  Kerap juga la menangis sebelum tidur fikir hal ni. Sampai la satu hari, pejam mata je pecahkan tabung emergency untuk bayar hutang CC. Lepas tu bertegas dengan diri sendiri, GUNA CC HANYA BILA ADA DUIT DALAM TANGAN.  Tak mudah. Banyak yang perlu dikorbankan. Tapi bila nampak hasilnya, baru rasa ia berbaloi. Huhuhu Ada tabung saya buat online, ada tabung saya buat offline. Mana-mana wishlist dengan dana besar dan jangka panjang tu saya buat la online. Mana yang dana kecil dan jangka pendek saya buat of...

Photo Of The Day 008

Image

Cash Stuffing Video di TikTok

Di TikTok, saya suka buat video cash stuffing. Selain memberikan kepuasan menabung, ia juga turut memberi inspirasi kepada orang lain untuk sama-sama menabung.  Perlu diingat, cara setiap orang menyimpan tidak sama. Ada yang suka menyimpan emas, ada yang suka menjadikan simpanan mereka satu pelaburan. Ada juga yang suka buat tabung online di bank atau aplikasi kewangan.  Saya dah cuba bermacam-macam cara untuk menyimpan. Ada yang menjadi, ada yang kelaut dalam nan biru. Hahahaha. Untuk cash stuffing, saya dah bermula seawal 2022, cuma tidak sebesar sekarang.    @_noorbaizura_ #unstuffing #cashstuffingmalaysia #cashstuffing #vlog #taktahunakhashtagapalagi ♬ original sound - Adinda Baizura Mazlan Video cash stuffing saya yang terkini. Mana yang ada TikTok tu, jemput follow saya juga ya!  Anda macam mana? 

Photo Of The Day 007

Image