Kuasa ajaib lima huruf
Kuasa ajaib lima huruf. Apa tu? Bukan C.I.N.T.A ya. Amboi. Laju je kan. T.A.N.Y.A. Christopher M Knight pernah memberikan beberapa tip yang menarik. Antaranya adalah, jika ingin berjaya dalam sesebuah organisasi, kemahiran bertanya soalan yang betul adalah lebih baik daripada tahu semua perkara. Bertanya, tanda kita tidak tahu. Bertanya, tanda kita mahu belajar. Bertanya, tanda kita ingin memperbaiki dan meningkat kualiti diri kita. M.R Kopmeyer dalam bukunya ‘Bagaimana Memenuhi Keinginan Saudara’ memberikan satu kata ajaib untuk berjaya dalam hidup, iaitu TANYA. Katanya, kita akan dapat segalanya yang diinginkan apabila pandai menggunakan kata ajaib ini. Kebahagiaan, cinta, kejayaan, kemewahan, pengaruh, kuasa, populariti, kemasyhuran… apa sahaja. Nak jumpa jodoh pun kena banyak bertanya tau! “Awak nak kahwin dengan saya tak?” Sebab itu jugalah, wujudnya perumpamaan ‘Malu Bertanya Sesat Jalan’. Kalau dulu bertanya pada orang, sekara...