Salah satu cara supaya doa kita lebih mudah dimakbulkan ialah dengan berdoa ketika sedang sujud. Daripada Saidina Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ، وَهُوَ سَاجِدٌ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ "Keadaan paling dekat antara seseorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah berdoa." (Sahih Muslim no. 482) Sebab itu, jangan kita biarkan waktu sujud berlalu begitu sahaja. Itulah saat kita paling hampir dengan Allah, jadi rebutlah peluang untuk memohon apa sahaja hajat yang ada di hati. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, atau orang lain. Marilah kita mula amalkan, perbanyakkan doa setiap kali sujud dalam solat. Moga dengan amalan kecil ini, hati kita jadi lebih tenang dan doa kita diperkenankan. Semoga Allah SWT makbulkan setiap doa kita.