Webinar Di Bulan Ramadan

Masuk bulan Ramadan, ramai majikan mula mengadakan webinar secara atas talian. Pelbagai platform digunakan, dengan tujuan menyampaikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk tugasan seharian. 

Bahagian tempat saya bekerja tidak terkecuali. Sebelum ini, saya cuma menjadi pendengar setia, kadang bertanya jika ada kekeliruan. Cuma, kali ini saya menjadi salah seorang penceramah bagi sesi selama satu jam. Memandangkan sebelum ini memang pernah mengadakan sesi sebegini di bahagian sebelum ini, jadi saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. 

Tapi kalau nak glitch tu, siap la macam mana pun dia tetap akan jadi. Namun segalanya berjaya diatasi dengan baik. 

Benda paling wajib. Mic dan kamera. Kalau tak, audiens tak nampak wajah saya yang cantik ni. Huhu

Comments