Corat-coret Training ESQ Special 4 Ramadhan 7-8 Mac 2026

Masa training ESQ yang lepas, saya diserang cirit-birit menjelang waktu berbuka. Disebabkan itu, mood nak bercerita tentang program ni macam hilang sikit. Tapi tetap la nak menulis tentang program ni. 

Memandangkan training kali ni diadakan di Bangi, saya tak boleh gerak seperti ketika ia diadakan di Shah Alam. Tambahan pula, bulan Ramadan biasanya lalulintas menjadi lebih menduga kesabaran menjelang waktu berbuka. Maka, untuk mengelakkan rasa kurang selesa itu, saya ambil keputusan untuk bekerja separuh hari dan terus ke Bangi pada waktu tengah hari. 

Tetap la, kena sidai di perhentian bas selama sejam. Disebabkan kebanyakan pemandu beragama Islam, jadi kewajipan menunaikan solat Jumaat itu diutamakan dahulu. 


Anda rasa panas? Pakai la spek mata hitam. Nescaya kurang la rasa panas tu. Nak beli? Kat SINI


Saya pakai kedua-dua spek tu. Rasa berat? Tidak, malah rasa selesa. 

Dah sampai, kita setup dewan macam biasa. Kemudian berbuka dengan laksa Mister Laksa. Ada saya ceritakan di SINI

 

Hanya 1-2 gambar selfie diambil, sebab masing-masing ada tugasan sendiri. 


2 hari training seperti biasa, banyak ragam banyak cerita. Tapi yang paling menarik perhatian, bila cirit-birit pada hari kedua, menyebabkan saya demam keesokan hari. Malas nak ambil MC, kita EL sahaja.

Training seterusnya dijadualkan pada 27 hingga 29 Jun 2026, di sekitar Selangor. Poster rasmi belum keluar. Nanti kalau dah keluar posternya saya akan kongsikan di sini ya! 

Comments