Iftar 11 Mac 2026 dan Selamat Hari Jadi!
Meriah berbuka puasa kali ni. Makan Shellout!
Setelah beberapa tahun kebelakangan ni, kami berkumpul untuk makan colek sebagai moreh, kalini kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa bersama, sambil meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang kawan kami. Disebabkan dia kalau jumpa seafood macam 10 tahun tak jumpa awek, makanya kalini kami makan di D'Shell yang terletak di Seksyen 26, Shah Alam.
Ada banyak set mengikut jumlah pax yang nak makan. Kami pilih set C, yang mana ada 2 set shellout iaitu spicy dan butter. Dua-dua sedap.
Rasa macam nak repeat lagi je lepas raya nanti. Huhuhu
Apa hadiah yang kami berikan? Sebuah helmet. Sikit lagi member tu nak nangis. Sebab ye la, tak sangka dapat helmet. Dia mintak hadiah bawah RM100 je. Mana maunye kami. Hahahahaha
Selamat Hari Jadi!


Comments
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!