Iftar 11 Mac 2026 dan Selamat Hari Jadi!
Meriah berbuka puasa kali ni. Makan Shellout!
Setelah beberapa tahun kebelakangan ni, kami berkumpul untuk makan colek sebagai moreh, kalini kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa bersama, sambil meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang kawan kami. Disebabkan dia kalau jumpa seafood macam 10 tahun tak jumpa awek, makanya kalini kami makan di D'Shell yang terletak di Seksyen 26, Shah Alam.
Ada banyak set mengikut jumlah pax yang nak makan. Kami pilih set C, yang mana ada 2 set shellout iaitu spicy dan butter. Dua-dua sedap.
Rasa macam nak repeat lagi je lepas raya nanti. Huhuhu
Apa hadiah yang kami berikan? Sebuah helmet. Sikit lagi member tu nak nangis. Sebab ye la, tak sangka dapat helmet. Dia mintak hadiah bawah RM100 je. Mana maunye kami. Hahahahaha
Selamat Hari Jadi!


Waa makan shellout utk berbuka memang terbaik lah.. Kalau nak repeat lagi tu makna nya sedap sanga lah tu.. tapi jauh pula di shah alam.. rezeki dpt helmet tu :D
ReplyDeleteWah..seronoknya makan shell out...akak pun je nis peminat seafood...confirm x tolak kalau bab seafood...seronok la birthday boy dapat helmet...mesti mahal tu
ReplyDeletewaahhhh syoknyaaaaa dpt helmet! alaaaa die x nanges ke? ehehe
ReplyDeletesedapnya shellout! kenyang tersandar tu haha.
ReplyDeletehappy birthday buat kawan :D
Alhamdulillah dpt berbuka puasa dgn kwn2 n raikan birthday boy.
ReplyDeleteHelmet mahal sebab beli yang lasak dan berkualiti la tu. Alhamdulilah hidangan shellout yang sedap.
ReplyDeletealhamdulillah, best nya... salam ramadhan
ReplyDeleteSedapnya, berbuka puasa dengan shell-out. Seronok kawan tu, dapat hadiah special.
ReplyDeleteAlhamdulillah birthday boy dikelilingi dengan sahabat yang baik-baik. Dapat makan sedap. Dapat helmet. Semoga ukhwahnya kekal sehingga akhir hayat
ReplyDeleteWahh shellout ada spicy & butter .. sedap nii
ReplyDeletewahh, makan shell out. siap dapat hadiah. murah rezeki kawan.
ReplyDeleteMakan shellout ni kena ramai-ramai baru seronok.
ReplyDelete