Moreh 5 Ramadan 1447H

Semalam berbuka simple sahaja. Malas masak masalahnya. Jadi ku pun beli ayam goreng, makan dengan nasi putih dengan kicap. 

Lepastu, 15 minit sebelum berbuka, ada kawan call, ajak berbuka sebenarnya. Tapi dia tukar dengan ajakan moreh sebab ku bagitahu ku dah beli makanan. Tapi sebelum tu dia nak cari baju raya anaknya. 

Jadilah ku peneman setia. Anak dia pula memang manja dan mesra dengan ku. Senang sikit ku nak buat kerja. 

Ku pun pakai la seringkas mungkin, tshirt, skirt, cardigan, tudung sarung siap belanja double chin. Dengan harapan jumpa la baju raya dia tu kat area sini. 

Harapan tinggal harapan gais. Tak jumpa pula baju tu kat sini. Lepastu laki dia pula buat hal, "Masuk KL jom?"

Pasrah je la. 

Cari baju di KL, masih tak jumpa gais. Kitorang pun macam "Esok la cari baju raya. Anak lapar pula."

Ke Kampung Baru la kita. Mencari makanan instead of cari baju raya. Ku sebenarnya dah kenyang, tapi disebabkan si anak taknak makan kalau ku tak makan, dan kena pulak orang belanja (hahaha!) ku beli la daging bakar ni. 


Jadi la buat moreh / sahur untuk hari ini. 

Comments