Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi


Tuhan aku ingin jumpa Nabi
Seperti Rabiah sang khadam Nabi
Ditawarkan Nabi permintaan
Pintanya agar bersama Nabi di syurga

Tuhan aku ingin jumpa Nabi
Seperti Thauban sang perindu Nabi
Dan turunlah firman menenangkan
Yang taat pasti akan bersama Nabi

Duhai asbab geloranya rinduku
Rindu padamu telah menguasaiku
Meskipun ditebus harta dan keluargaku
Melihatmu adalah bahagiaku

Tuhan aku ingin jumpa Nabi
Kerana terlalu gembiranya hati
Dengan sabdanya maraklah cintaku
المرء مع من أحب
المرء مع من أحب

Duhai asbab geloranya rinduku
Rindu padamu telah menguasaiku
Meskipun ditebus harta dan keluargaku oh

Moga selawat dan salamku saksi
Cinta abadiku zaman direntasi
Syurga pilihanku kerna ada kau menghuni
Melihatmu adalah bahagiaku
Melihatmu adalah bahagiaku

اللهم صلي وسلم، على محمد طه المعلم
يا ربي صلي علىيه وسلم يا ربي
يا ربي نفسي أشوف النبي

Lagu ini didendangkan oleh Adnin Roslan fear Ruomei



Comments

  1. Bila dah sampai akan sentiasa merindui. Tiada tempat yang dapat mengantikan Mekah dan Madinah di hati kita.Semuga Allah jemput lagi ke sana. Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!