6 Perkara Penting yang Boleh Kita Amalkan
Selaraskan atau rendahkan jangkaan anda — terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Langkah ini akan menyelamatkan anda daripada pelbagai kekecewaan.
Konfrontasi (pertelingkahan bersemuka) sebenarnya tidak begitu diperlukan. Ada perkara yang lebih baik dibiarkan tanpa penyelesaian. Ramai orang mendakwa mereka menghargai kejujuran bersemuka berbanding bercakap di belakang, namun hakikatnya — mereka tidak mampu menerimanya.
Uar-uarkan dan ambil penghargaan atas hasil kerja anda, tidak kira seberapa kecil atau remeh sekalipun. Kerana jika anda tidak berbuat sedemikian, orang lain yang akan mengambil kredit tersebut.
Sangat penting untuk membina kemajuan peribadi anda sendiri sewaktu bekerja untuk orang lain. Setiap individu boleh digantikan, termasuk diri anda sendiri.Pelajari perkara baharu dan terokai bidang yang belum pernah diceburi. Dalam memilih pekerjaan atau projek— perkara utama yang perlu dipertimbangkan ialah "adakah saya akan mempelajari kemahiran baharu?" Pengetahuan itu satu kekuatan, percayalah — kemahiran yang anda bawa akan memberi anda kelebihan.
Jangan membazirkan tenaga anda bertengkar dengan golongan 'boomer' yang takut menerima perubahan. Mereka akan menggunakan kad 'pengalaman' yang sama seperti "saya telah melakukan ini selama 30 tahun, inilah cara yang sepatutnya!" Namun, golongan ini juga mempunyai tabiat buruk selama 30 tahun yang perlu ditinggalkan.
Baikkk, terima kasih untuk perkongsian ni. Semoga kita mendapat kehidupan yang tenang-tenang je. InsyaAllah..Aamiin...
ReplyDelete