ANAK MISKIN YANG KAYA RAYA

 Alkisah ada seorang pemuda yang merasa dirinya tidak beruntung sejak dilahirkan. Suatu hari dia duduk termenung di pinggir jalan memikirkan nasibnya. “Kenapa ya.. nasib saya begitu malang, dilahirkan di keluarga tidak berpendidikan dan miskin?” 


Kebetulan ketika itu ada seorang datuk yang sedang melewati jalan itu dan melihat pemuda tersebut duduk termenung. Datuk itu pun bertanya kepadanya, “Wahai anak muda, kenapa kamu tampak sedih, tidak bersemangat dan hanya duduk termenung?” 


“Saya tidak mengerti, mengapa saya begitu miskin?” jawab pemuda itu dengan nada mengeluh. 


Mendengar keluhan itu, datuk dengan bijak berkata, “Miskin? Kamu tidak miskin, bahkan saya lihat sangat kaya.”


Pemuda tersebut tercengang mendengar kata-kata datuk yang baru dikenalinya itu. Lantas dia bertanya, “Kaya? Dari sudut pandang mana saya dikata kaya? Untuk makan tiga kali sehari saja susah.” 


“Begini anak muda, satu tanganmu aku beli dengan harga seratus wang perak, mahu?” tanya datuk tersebut. 


“Tidak!” 


“Kalau begitu, saya tambah lagi dua ratus keping wang perak, mahukah kamu menjual tanganmu?” 


“Tidak!”


“Datuk tersebut semakin memberi tawaran tinggi kepada pemuda itu kemudian bertanya lagi, “Kalau saya beli kedua tanganmu dengan harga lapan ratus keping wang perak, mahukah kamu menjualnya?” 


“Kalau saya menjualnya, apa yang tinggal pada saya?” 


“Nah, itulah kekayaan kamu sesungguhnya, belum lagi dihitung nilai kekayaan kedua belah kakimu, kesihatanmu, umur yang diberikan oleh Tuhan kepadamu. Saya fikir jika semuanya dijumlahkan akan mencapai jumlah yang luar biasa. Gunakanlah ‘aset’ tersebut untuk bekerja, mengolah sesuatu menjadi lebih berharga,” nasihat datuk tersebut. 


Comments