Beza Soleh dan Musleh

 1. SOLEH: Orang baik untuk dirinya sendiri sahaja.

MUSLEH: Di samping memperbaiki dirinya, dia juga berusaha memperbaiki orang lain.

 

2. Menjadi orang SOLEH lebih mudah, namun untuk menjadi MUSLEH sedikit sukar.

 

3. Walaupun menjadi orang SOLEH itu elok dan baik, tetapi jauh lebih elok jika berusaha menjadi MUSLEH.

 

4. Orang SOLEH biasanya disanjung dan dipuji, tetapi MUSLEH biasanya dicaci dan dibenci.

 

5. Nabi Muhammad SAW dipuji sejak kecil lagi kerana baik budi pekertinya sehingga dipanggil dengan "Muhammad Al-Amin" tetapi setelah Baginda diangkat menjadi Rasul Allah, Baginda mula dicaci dan dibenci kerana Baginda cuba memperbaiki umat daripada sifat jahiliyyah.

 

6. Orang SOLEH, dia sekadar beribadat untuk dirinya sendiri sahaja tanpa menghiraukan masalah umat. Itulah yang dipanggil ahli ibadah yang bermain-main, yang hanya syok sendiri sahaja.

 

7. MUSLEH dapat menjadi penyebab Negara mendapat Rahmat Allah dan terselamat daripada bencana. Itulah rahasianya dalam al-Quran yang menyebut "Selama penduduknya Muslehun", dan Allah tidak menyebut "Solehun"

 

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِیُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡموَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ

Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, selama penduduknya Muslehun (orang-orang yang suka berbuat kebaikan) [Hud:117]

 

8. Orang SOLEH tak semestinya MUSLEH, tetapi MUSLEH Inshaa Allah dia SOLEH.

 

Begitulah.

Comments