Buat Ujian Personaliti

 Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba tergerak nak buat ujian personaliti. Apakah? 


Saya memang suka buat ujian personaliti. Mana-mana ujian yang saya baru tahu dan belum pernah cuba, saya akan cuba. Pernah juga la cuba yang berbayar, tapi ia lebih kepada kelebihan dan kekuatan berbanding personaliti. 


Jadi, ujian pertama yang saya buat pagi ini ialah MBTI. 



Masih sama seperti 2 tahun lepas, cuma percentage tu berubah sikit. Sebelum ni pun pernah buat juga masa join Telegram Kamalia Kamal. 




Masa ni macam tak percaya pula yang kita ni introvert. Mungkin penangan PKP masa tu. 

Kalau korang nak try boleh klik SINI


Lepas tu, saya buat ujian DOPE Test. Keputusan ujian ni dikategorikan mengikut burung. Burung merpati (Dove-biru), burung hantu (Owl-hijau), Burung Merak (Peacock-kuning) dan burung helang (Eagle-merah). Sebab tu namanya DOPE Test. Ujian ni memang banyak kali saya buat. Kebanyakan keputusannya sama, terutama kategori pertama. Jadi keterujaan saya adalah keputusan kedua. 

Sebelum ni keputusan saya ialah kuning biru. Kadang kuning merah. Pernah sekali, merah kuning (yang ni saya terkejut betul), kemudian kembali kuning merah. Last ujian, kembali kuning biru. So bila buat ujain hari ni...



Kuning hijau pulak..... selalunya hijau tu yang paling sikit. 

Kalau korang nak try, boleh klik SINI

Korang punya keputusan macam mana? Boleh la share kat sini. 

Comments