Tidur Awal, Bangun Awal
Baru-baru ni ada la Bella Astillah keluar statement, dia sekeluarga tidur awal. Anak-anak dia tidur jam berapa, dia dan Syed Saddiq tidur jam berapa, dan mereka bangun jam berapa. Statement dia tu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
"Anak aku jam 10 masih jadi superman."
"Tak terpakai untuk aku yang kerja shif."
"Sama macam aku. Jam 9 aku dah hambat anak-anak aku masuk tidur."
Aku? Aku masuk dalam kategori "sama la kita." Hehehe
Aku memang akan tidur seawal jam 9.30 malam. Normally jam 10 malam. Kadang tu kalau ada gangguan (handphone la selalu), tapi jarang berlaku. Sebab aku perlu bangun jam 4 pagi untuk masak bekal dan study sikit.
Seronok sebenarnya bila bangun awal pagi ni. Kadang tu semua urusan selesai selesai even sebelum jam 8 pagi. Aku ada banyak masa untuk buat benda lain. Kalau nak basuh rambut pun, sempat kering la sebelum jam 8.
Baru buat ke rutin ni? Tak la. Aku cuba jadikan rutin bermula hampir 20 tahun lalu. Even masa aku stay kat rumah mak aku, aku cuba untuk maintainkan rutin ni. Sebab mak aku pun bangun awal pagi.
Ada yang bising ke pasal rutin ni? Mulanya aku tak war-warkan pasal benda ni. Sebabnya, rutin aku kot. Ko pahal? Hahahaha. Mana yang tahu tu, tahu la. Aku pun tak pernah menafikan. Aku mula pun pun atas nasihat ustaz aku selepas aku tanya dia soalan ni.
"Macam mana nak konsisten bangun solat tahajud?"
"Tidur awal."
Tapi ada yang nampak rutin aku dan gunakan perkara ni against aku. Mulanya aku tak perasan benda ni. Sampailah bila dalam meeting ni, bos cakap depan semua orang, "Nak improve diri konon. Tidur pun awal."
Aku terkejut. Sumpah terkejut. Sebab the moment bos cakap macam tu, aku tahu siapa punya kerja. Tapi aku diam je la time tu. Dalam hati "Bukan artis pun aku tetap femes" hahahaha
Sekarang, aku tetap amalkan rutin ni walaupun celup-celup. Kalau boleh aku nak amalkan sehingga akhir hayat aku. Aamiin.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!