Tidur Awal, Bangun Awal
Baru-baru ni ada la Bella Astillah keluar statement, dia sekeluarga tidur awal. Anak-anak dia tidur jam berapa, dia dan Syed Saddiq tidur jam berapa, dan mereka bangun jam berapa. Statement dia tu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. "Anak aku jam 10 masih jadi superman." "Tak terpakai untuk aku yang kerja shif." "Sama macam aku. Jam 9 aku dah hambat anak-anak aku masuk tidur." Aku? Aku masuk dalam kategori "sama la kita." Hehehe Aku memang akan tidur seawal jam 9.30 malam. Normally jam 10 malam. Kadang tu kalau ada gangguan (handphone la selalu), tapi jarang berlaku. Sebab aku perlu bangun jam 4 pagi untuk masak bekal dan study sikit. Seronok sebenarnya bila bangun awal pagi ni. Kadang tu semua urusan selesai selesai even sebelum jam 8 pagi. Aku ada banyak masa untuk buat benda lain. Kalau nak basuh rambut pun, sempat kering la sebelum jam 8. Baru buat ke rutin ni? Tak la. Aku cuba jadikan rutin bermula hampir 20 tahun lalu. Even mas...