Posts

Tidur Awal, Bangun Awal

Baru-baru ni ada la Bella Astillah keluar statement, dia sekeluarga tidur awal. Anak-anak dia tidur jam berapa, dia dan Syed Saddiq tidur jam berapa, dan mereka bangun jam berapa. Statement dia tu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.  "Anak aku jam 10 masih jadi superman." "Tak terpakai untuk aku yang kerja shif." "Sama macam aku. Jam 9 aku dah hambat anak-anak aku masuk tidur." Aku?  Aku masuk dalam kategori "sama la kita." Hehehe Aku memang akan tidur seawal jam 9.30 malam. Normally jam 10 malam. Kadang tu kalau ada gangguan (handphone la selalu), tapi jarang berlaku. Sebab aku perlu bangun jam 4 pagi untuk masak bekal dan study sikit.  Seronok sebenarnya bila bangun awal pagi ni. Kadang tu semua urusan selesai selesai even sebelum jam 8 pagi. Aku ada banyak masa untuk buat benda lain. Kalau nak basuh rambut pun, sempat kering la sebelum jam 8.  Baru buat ke rutin ni? Tak la. Aku cuba jadikan rutin bermula hampir 20 tahun lalu. Even mas...

Photo Of The Day 033

Image
 

Untungnya Jadi Orang Seperti Ini

Image
  Dalam kehidupan, ada masanya kita terlalu sibuk melihat kelebihan orang lain sehingga terlupa dengan nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. “Untunglah dia kaya.” “Untunglah dia ada keluarga yang bahagia.” “Untunglah dia ada pasangan yang baik.” Tanpa sedar, kita mula merasakan bahawa kehidupan orang lain jauh lebih baik daripada kehidupan sendiri. Akibatnya, kita semakin sukar untuk bersyukur dan sering merasakan diri ini serba kekurangan. Namun, pernahkah kita terfikir, siapakah sebenarnya manusia yang paling beruntung dalam kehidupan ini? Ketika membaca Surah al-Kahfi, saya tertarik dengan satu ayat yang memberikan perspektif berbeza tentang makna sebuah keuntungan. Allah SWT berfirman: إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)." (Surah al-Kahfi, 1...