Posts

Showing posts from 2026

Photo Of The Day 007

Image
 

Istiqamah Selepas Ramadan

Ramadan adalah madrasah tarbiah yang melatih jiwa untuk dekat kepada Allah. Namun ujian sebenar bukan hanya ketika berada di dalam Ramadan, tetapi bagaimana seseorang itu mengekalkan amal selepas Ramadan berakhir. 🌙 1. Tanda Ramadan Diterima ialah Istiqamah Para ulama menyebut: Antara tanda sesuatu amal itu diterima oleh Allah ialah apabila seseorang diberi taufik untuk terus melakukan kebaikan selepasnya. Jika selepas Ramadan kita masih menjaga solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah dan menjaga akhlak, itu petanda bahawa Ramadan memberi kesan kepada hati kita. 2. Jangan Jadikan Ramadan Musim Ibadah Semata-mata Ada orang yang sangat rajin beribadah dalam Ramadan tetapi meninggalkannya selepas itu. Sedangkan Rabb Ramadan adalah juga Rabb sepanjang tahun. Ibadah yang sedikit tetapi berterusan lebih dicintai Allah daripada ibadah yang banyak tetapi terhenti. 3. Amalan Ringkas Untuk Kekal Istiqamah Beberapa amalan mudah yang boleh diteruskan selepas Ramadan:  • 📖 Baca al-Quran...

Photo Of The Day 006

Image
 

Selamat Hari Raya 1447H

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 

Photo Of The Day 005

Image
  Siapa yang pernah buat macam ni, maknanya dia dah tua. Heheheeh

Corat-coret Training ESQ Special 4 Ramadhan 7-8 Mac 2026

Image
Masa training ESQ yang lepas, saya diserang cirit-birit menjelang waktu berbuka. Disebabkan itu, mood nak bercerita tentang program ni macam hilang sikit. Tapi tetap la nak menulis tentang program ni.  Memandangkan training kali ni diadakan di Bangi, saya tak boleh gerak seperti ketika ia diadakan di Shah Alam. Tambahan pula, bulan Ramadan biasanya lalulintas menjadi lebih menduga kesabaran menjelang waktu berbuka. Maka, untuk mengelakkan rasa kurang selesa itu, saya ambil keputusan untuk bekerja separuh hari dan terus ke Bangi pada waktu tengah hari.  Tetap la, kena sidai di perhentian bas selama sejam. Disebabkan kebanyakan pemandu beragama Islam, jadi kewajipan menunaikan solat Jumaat itu diutamakan dahulu.  Anda rasa panas? Pakai la spek mata hitam. Nescaya kurang la rasa panas tu. Nak beli? Kat SINI Saya pakai kedua-dua spek tu. Rasa berat? Tidak, malah rasa selesa.  Dah sampai, kita setup dewan macam biasa. Kemudian berbuka dengan laksa Mister Laksa. Ada saya c...

Minggu Terakhir Puasa Sebelum Raya

Image
Minggu terakhir puasa sebelum raya. Apa yang boleh dibuat? Pecah tabung raya. Tahun ni special sikit simpan duit cash sebab dah ada binder. Smart sikit cara simpan. Sekarang saya buka tabunh memang secara fizikal dan simpan duit secara tunai. Kenapa? Tabung online semua ada tujuan lain dan saya malas nak tambah tabung online baru. Simpam secara tunai macam ni best juga.  Bila tabung dah penuh, kita tunggu saat yang sesuai untuk gunakannya. Beli baju raya, buat persiapan raya, bagi duit raya. Semuanya simpan dalam sampul begini. Nanti nak bayar, hulur terus dengan sampul sekali. Senang. Kalian macam mana? 

Iftar 11 Mac 2026 dan Selamat Hari Jadi!

Image
Meriah berbuka puasa kali ni. Makan Shellout! Setelah beberapa tahun kebelakangan ni, kami berkumpul untuk makan colek sebagai moreh, kalini kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa bersama, sambil meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang kawan kami. Disebabkan dia kalau jumpa seafood macam 10 tahun tak jumpa awek, makanya kalini kami makan di D'Shell yang terletak di Seksyen 26, Shah Alam.  Ada banyak set mengikut jumlah pax yang nak makan. Kami pilih set C, yang mana ada 2 set shellout iaitu spicy dan butter. Dua-dua sedap.  Rasa macam nak repeat lagi je lepas raya nanti. Huhuhu Apa hadiah yang kami berikan? Sebuah helmet. Sikit lagi member tu nak nangis. Sebab ye la, tak sangka dapat helmet. Dia mintak hadiah bawah RM100 je. Mana maunye kami. Hahahahaha  Selamat Hari Jadi!

Photo Of The Day 004

Image
 

Iftar 16 Ramadan 1447H

Image
Harini menu iftar special sikit. Asyik nasi 1 lauk je kan. Kali ni kita bagi padu punya. Lagipun dah alang-alang sampai di Bangi, kalau tak pekena laksa telur sarang ni tak sah! Laksa telur sarang ini boleh didapati di Mister Laksa, Bangi. Boleh cari waze dan follow di Instagram . Untuk bulan Ramadan, Mister Laksa boleh didapati di bazar Ramadan di sekitar Bangi.  Saya makan laksa telur sarang campur cendawan enoki. Memang terangkat jadinya.  Untuk musim perayaan, Mister Laksa ada membuka tempahan laksa untuk rumah terbuka dan jamuan raya. Datang dalam Set Tetamu dan Set Kenduri, pakej yang ditawarkan pasti memuaskan hati.  Tak puas makan sebenarnya tapi sebab perut dah penuh, kita belikan untuk kawan-kawan yang belum rasa laksa telur sarang yang ke 157 kali. Hehehee. Over nau 157 kali tu. Haha Yang ada di sekitar Bangi, Kajang, Cyberjaya dan Putrajaya jangan lupa rasa laksa ni ya! 

Webinar Di Bulan Ramadan

Image
Masuk bulan Ramadan, ramai majikan mula mengadakan webinar secara atas talian. Pelbagai platform digunakan, dengan tujuan menyampaikan ilmu dan maklumat yang berguna untuk tugasan seharian.  Bahagian tempat saya bekerja tidak terkecuali. Sebelum ini, saya cuma menjadi pendengar setia, kadang bertanya jika ada kekeliruan. Cuma, kali ini saya menjadi salah seorang penceramah bagi sesi selama satu jam. Memandangkan sebelum ini memang pernah mengadakan sesi sebegini di bahagian sebelum ini, jadi saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.  Tapi kalau nak glitch tu, siap la macam mana pun dia tetap akan jadi. Namun segalanya berjaya diatasi dengan baik.  Benda paling wajib. Mic dan kamera. Kalau tak, audiens tak nampak wajah saya yang cantik ni. Huhu

Black Maria - Veto

Image
Tengah sedap buat kerja, tiba-tiba lagu Veto nyanyian Black Maria berkumandang. Baru teringat, memang lagu ni ada dalam senarai lagu saya. Memang lagu ni jadi lagu kegemaran saya sehingga kini.  Kumpulan Black Maria merupakan salah sebuah kumpulan rock moden (nu-metal) yang cukup dikenali di Malaysia, terutamanya pada awal tahun 2000-an. Mereka sering dikaitkan dengan kebangkitan muzik rock yang lebih keras namun mempunyai melodi yang "catchy". 1. Latar Belakang & Genre Asal:  Malaysia. Ditubuhkan:  Sekitar tahun 1998. Genre:  Nu-Metal / Modern Rock. Kejayaan Besar:  Mereka pernah memenangi anugerah  Artis Baru Terbaik  di  Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-8  pada tahun 2001, menewaskan calon-calon hebat lain pada masa itu. 2. Diskografi & Lagu Popular Album mereka yang paling ikonik bertajuk  Veto  yang diterbitkan pada tahun 2000 di bawah label Garang Records. Antara lagu yang sering diputarkan di radio dan menjadi siulan...

Photo Of The Day 003

Image
  Tapi ini bukan tentang kasut.

Tukar Duit Raya

Image
Dah masuk minggu kedua Ramadan ni, ramai orang mula serbu kaunter bank untuk tukar duit raya. Macam Affin Bank di UiTM ni, ramai dah datang dari semalam. Harini pun ramai. Saya sebenarnya dah tukar duit raya dari tahun lepas lagi. Tak ke kaunter bank sebaliknya simpan duit kecil dari perbelanjaan. Saya juga memang akan datang sini pada hari gaji untuk keluarkan wang perbelanjaan harian secara tunai. Cuma itulah, bila orang tahu kita ada akaun di bank ni, ramai la yang minta tolong. Saya tak kisah asalkan tak mengganggu tugas seharian.  Anda?

Jalan-jalan Ke Muzium Negara

Image
Hujung minggu di bulan Ramadan, selain buat persiapan raya, kalian buat apa? Kalau saya, pergi Muzium Negara. Hehehe Asalnya saya nak ke sana dengan kenderaan awam je, memandangkan akses ke sana memang dah ada melalui MRT. Tapi pagi semalam, kawan saya mesej ajak ke Aneka Walk di Shah Alam. Saya beritahu perancangan saya, dan dia berminat nak ikut. Jadi kami ke sana naik kereta.  Bukannya saya tak pernah ke Muzium Negara sebelum ni. Tapi disebabkan ada pameran "Tunku Negarawan Ulung : Pengasas Negara Bangsa", so rasa nak pergi lagi. Dah tengok pameran tu, memandangkan kawan saya tu kali pertama ke Muzium Negara, saya pun temankanlah kawan saya tu berjalan di sekitar situ.    Gambar ikonik Tunku Abdul Rahman.  Nampak kerusi je, duduk. Almaklumlah, puasa. Kita pula sahur hanya dengan air kosong. Hehehehe Dah habis berjalan, kawan ajak solat di surau. Saya kata, "apa kata kita solat di masjid?" maka kami pun terus menuju ke Masjid As-Syakirin, KLCC. Lepas solat, kami q...

Iftar 9 Ramadan 1447H

Image
Iftar harini seperti biasa 1 lauk sahaja. Ayam masak merah. Tapi tetibe teringin sambal petai. Macam tak ada je kat bazar sini. Apa perlu saya melangkah lebih jauh esok? Fikir jap. Hehehe

Kurus ke?

Image
Diorang cakap saya dah kurus. Betul ke? Erm, tak kot. Spek ni yang besar. Hurm.

26.2.26

Image
Apa yang berlaku hari ini? Nothing much, meeting, kursus dan kerja-kerja lain.  Apa perancangan kalian 26.2.26 ni?

Iftar 7 Ramadan 1447H

Image
Harini macam biasa. Beli lauk di bazar. Masak nasi di rumah. Kalini beli ayam masak lemak. Sebenarnya tak tahu nak beli lauk apa. Itu je. Selamat berbuka puasa semua. 😍

Photo Of The Day 002

Image
  Aamiin... 

Iftar 6 Ramadan 1447H

Image
Macam biasa, harini berbuka 1 lauk sahaja. Tapi tak nak masak. Tekak pula teringin nak sayur. Maka kita ke bazar lepas kerja, beli sayur kobis + fishball. Jadi laa.  Simple. Tinggal masak nasi je. Minum air suam. Tak meriah tak apa janji lauk habis. Dah berapa hari dah makan tak habis. Sebab banyak sangat. 

Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi

Image
Tuhan aku ingin jumpa Nabi Seperti Rabiah sang khadam Nabi Ditawarkan Nabi permintaan Pintanya agar bersama Nabi di syurga Tuhan aku ingin jumpa Nabi Seperti Thauban sang perindu Nabi Dan turunlah firman menenangkan Yang taat pasti akan bersama Nabi Duhai asbab geloranya rinduku Rindu padamu telah menguasaiku Meskipun ditebus harta dan keluargaku Melihatmu adalah bahagiaku Tuhan aku ingin jumpa Nabi Kerana terlalu gembiranya hati Dengan sabdanya maraklah cintaku المرء مع من أحب المرء مع من أحب Duhai asbab geloranya rinduku Rindu padamu telah menguasaiku Meskipun ditebus harta dan keluargaku oh Moga selawat dan salamku saksi Cinta abadiku zaman direntasi Syurga pilihanku kerna ada kau menghuni Melihatmu adalah bahagiaku Melihatmu adalah bahagiaku اللهم صلي وسلم، على محمد طه المعلم يا ربي صلي علىيه وسلم يا ربي يا ربي نفسي أشوف النبي Lagu ini didendangkan oleh Adnin Roslan fear Ruomei

Moreh 5 Ramadan 1447H

Image
Semalam berbuka simple sahaja. Malas masak masalahnya. Jadi ku pun beli ayam goreng, makan dengan nasi putih dengan kicap.  Lepastu, 15 minit sebelum berbuka, ada kawan call, ajak berbuka sebenarnya. Tapi dia tukar dengan ajakan moreh sebab ku bagitahu ku dah beli makanan. Tapi sebelum tu dia nak cari baju raya anaknya.  Jadilah ku peneman setia. Anak dia pula memang manja dan mesra dengan ku. Senang sikit ku nak buat kerja.  Ku pun pakai la seringkas mungkin, tshirt, skirt, cardigan, tudung sarung siap belanja double chin. Dengan harapan jumpa la baju raya dia tu kat area sini.  Harapan tinggal harapan gais. Tak jumpa pula baju tu kat sini. Lepastu laki dia pula buat hal, "Masuk KL jom?" Pasrah je la.  Cari baju di KL, masih tak jumpa gais. Kitorang pun macam "Esok la cari baju raya. Anak lapar pula." Ke Kampung Baru la kita. Mencari makanan instead of cari baju raya. Ku sebenarnya dah kenyang, tapi disebabkan si anak taknak makan kalau ku tak makan, dan kena p...

Ramadan yang Sia-Sia

Ramadan adalah bulan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Namun tidak semua orang keluar daripadanya sebagai insan yang berubah. Ada yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Rasulullah ﷺ bersabda: “Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi tiada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.” Inilah gambaran Ramadan yang sia-sia . 1️⃣ Puasa Tanpa Menjaga Dosa Berpuasa tetapi: • Lidah masih menyakiti orang lain • Mata masih melihat perkara haram • Telinga masih mendengar umpatan • Hati masih penuh hasad dan riya’ Puasa bukan sekadar menahan makan, tetapi menahan maksiat. 2️⃣ Ramadan Hanya Pada Perut, Bukan Pada Hati Ramadan yang sia-sia ialah apabila: • Siang hari tidur sepanjang masa • Malam hari lalai dengan hiburan • Al-Quran tidak disentuh • Solat masih di akhir waktu Ramadan berlalu tanpa peningkatan iman. 3️⃣ Lebih Sibuk Dengan Juadah Daripada Ibadah Tidak salah menyediakan makanan berbuka. Namun jika: • Masa habis di b...

Juadah Berbuka 3 Ramadan 1447H

Image
Dah 3 hari puasa, barulah nak kongsi juadah berbuka. Hidangan saya biasa-biasa saja. Hanya satu lauk.  Semalam berbuka nasi putih, sup ayam dan sayur kacang panjang. Beli di bazar. Tapi lauknya rasa macam banyak pula. Jadi harini saya masak sahaja. Malas nak keluar, lagipun semua bahan sudah ada. Masak main campak-campak saja.  Anda?

Bila Nostalgia Menjengah

Sementara menunggu waktu Isyak ni kan, tetibe otak mengenang nostalgia silam. Zaman-zaman dulu, masa nak mengenal dunia. Lepas SPM, saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan iklan. Kecil saja syarikatnya, namun mungkin kerana berkat lokasinya yang terletak berhadapan masjid, macam-macam yang saya belajar. Banyak, tapi kali ini saya hanya akan berkongsi ketika kami menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama.  3 tahun bersama, 3 kali Ramadan dan Syawal dilalui. Dan setiap tahun ada kisah tersendiri. Tahun pertama, masih main-main. Tahun kedua, mungkin setelah syarikat tu hantar semua stafnya mengerjakan umrah, dan hantar ke training ESQ pada tahun berikutnya, jadi Ramadan yang disambut menjadi lebih bermakna.  Tahun pertama dan kedua, kami berbuka bersama di pejabat setiap hari. Malah, hidangan sahur juga disediakan. Kami hanya perlu makan, dan bersihkan peralatan apabila selesai. Tahun ketiga, tradisi tersebut tidak diteruskan, ke saya yang tak ingat? 😅 Solat tarawih itu mesti...

Baca Asmaul Husna Setiap Hari

Image
  Mohon abaikan sambal dalam gambar tu. Gambar ni diambil sebelum puasa. Hehehe On the serious note, saya masih mengamalkan membaca Asmaul Husna pada setiap hari di pejabat sebelum memulakan kerja. Buka Youtube, lepastu baca sambil-sambil makan.  Kalau puasa tu lain la cerita.  Kemudian, baru-baru ni saya terima pelajar latihan industri yang menjalani latihan selama 6 hari di bahagian saya. Jadi saya ambil keputusan untuk ajak mereka baca Asmaul Husna bersama-sama. Tapi disebabkan diorang ramai (untuk kali pertama saya terima pelajar latihan industri seramai itu), jadi saya ajak diorang bersama di bilik mini teater je. Untuk makluman, galeri tempat saya bekerja memang ada bilik mini teater yang dilengkapi projektor dan komputer dengan sambungan internet. Amalan ini masih diteruskan pada bulan Ramadan, malah memang saya usahakan untuk membacanya.  Berikut adalah pautan Youtube Asmaul Husna yang selalu saya buka setiap hari.  Moga perkongsian saya hari ini bermanf...

Lelaki Masuk Koc Wanita?

Image
  Bukan sekali dua ku hadap benda macam ni. Dan hampir setiap situasi, hujungnya sama. Lelaki tu kena halau keluar dari koc wanita. Tapi... "Girlfriend saya kat sini!"  "Tu, ramai je perempuan kat koc sana. Kenapa saya tak boleh duduk sini?" "Saya ada anak OKU!" Dan yang paling best.... bila pengkid masuk koc wanita. Lah, masa tu la nak mengaku wanita. Padahal halkum yang tak wujud pun kalau boleh nak tunjuk. Hahahahaa Kadang tu bukan mereka tak tahu, tapi adaaaaa je benda yang diorang nak justify. Tak masuk akal pun ada kadang-kadang.  Tahukah anda, polis bantuan ditempatkan di hampir setiap stesen MRT, terutamanya yang sesak seperti di Bukit Bintang, Pasar Seni dan tempat-tempat lain. Lebih baik kamu tidak masuk ke koc wanita sebelum dihalau oleh polis bantuan. Malu beb!  Sekian coretan pada hari ini. 

Pageview Drop Lepas Revamp Blog

Image
  Sebelum ni, lama tak aktif di blog pun, pageview masih 3 angka. Lepas revamp, terus drop. Tak apalah, itulah namanya rezeki. Lagipun saya dah redha dengan semua ni. Kalau dulu, iya. Kelam kabut sekejap bila benda macam ni berlaku. Sekarang? Nak drop pun, drop la. Tak heran. Hehehe

Photo Of The Day 001

Image
Macam mana dia bersin ya?

Sebuah Kisah Untuk Renungan Bersama

"Cik, tolong saya cik. Saya perlu duit, buat tambang bas ke KL." "Pakcik nak ke mana?"  "Kamu ni pekak ke apa? Aku nak ke KL la!" "Oh, KL. Kalau macam tu, naik dengan saya la. Saya bayarkan tambang pakcik." "Eh, tak payah susah-susah. Saya boleh naik sendiri. Cik bagi duit je." "Kalau macam tu susah la pakcik. Sebab..." "Apa yang susahnya? Kamu bagi je la duit tu! Bukan mahal sangat pun!" "Sebab bas sekarang ni cashless. Dia pakai kad Touch N Go, tak terima wang tunai dah." "Kamu tak nak tolong, cakap je la! Saje nak buat-buat cerita. Sejak bila cashless?" "Saya guna bas sejak tahun 2007. Bas ni cashless sejak tahun 2011." "Betul tu pakcik. Bas ni cashless dah lama. Ke, pakcik yang tak pernah naik bas, lepastu nak scam kami?" Krikk krikk Bukan kisah sebenar. Tapi related dengan dua situasi. 1) ramai yang tak cakna tentang amalan cashless oleh Rapid KL. Penggunaan kad touch N Go...

Panduan Solat Tarawih Di Rumah Bagi Wanita

Image
Harini tengok anak bulan. Mungkin esok, mungkin lusa kita akan berpuasa. Dan seperti biasa, persoalan sama ada bolehkah wanita solat tarawih di rumah bergema kembali.  Jawapannya, boleh. Jika ada halangan, boleh je solat tarawih di rumah. Tiada masalah. Bagi yang lelaki, digalakkan berjemaah di masjid atau surau. Namun jika tidak berkesempatan, boleh berjemaah di rumah. Tiada masalah.  Mari kita ulangkaji tatacara menunaikan solat tarawih di rumah untuk wanita. Dikongsi oleh admin Nasihat Hari Ini  

ESQ Special 4 Ramadhan - KENAPA ANDA WAJIB SERTAI?

Image
  🌙 RAMADAN INI: RESET JIWA, BINA KARAKTER UNGGUL Pejam celik, Ramadan kini di depan mata.  Namun, sejauh mana kita bersedia? Seringkali kita terlalu sibuk dengan persiapan luaran-baju raya, juadah berbuka, urusan kerja sehingga kita terlupa persiapan yang paling utama: PERSIAPAN JIWA. Adakah anda mahu Ramadan kali ini berlalu pergi begitu sahaja, tanpa sebarang transformasi diri? ✨ MOMENTUM NUZUL AL-QURAN Pada 7-8 Mac nanti, kita berada di fasa kritikal “Madrasah Ramadan” (17-18 Ramadan).  Inilah saat terbaik untuk kita berhenti seketika, reset kompas diri, dan membina karakter yang benar-benar luar biasa bersempena hari Nuzul Al-Quran. 🌟 3 TRAINER TERBAIK ESQ. SATU PENTAS. Gandingan yang amat jarang berlaku! Tiga pakar transformasi karakter akan berkumpul serentak untuk membantu anda merungkai 3 rahsia besar kehidupan: 🔍 SIAPA KITA? - Mengenali jati diri dan potensi fitrah yang tersembunyi. 📍 DI MANA KITA? -  Muhasabah kedudukan iman di fasa pertengahan Ramadan...

Panggilan Apa Yang Sesuai Ni?

Image
  Sejujurnya, dahulu mungkin saya akan triggered bila dipanggil Puan. Penat-penat aku mempertahankan kebujangan ini, sesedap kari ayam berempah dia je panggil Puan. Selalu juga saya memperbetulkan panggilan tu.  "Panggil saya Cik."  Lama-lama kan, bila dah banyak jumpa orang, dah banyak membaca, baru faham. Sebenarnya panggilan hormat dalam urusan rasmi adalah Puan. Perlahan-lahan, saya cuba amalkan untuk tidak triggered dengan situasi tersebut.  Bila orang panggil saya Puan, saya senyum dan sahut panggilan tu.  Kenapa? Mari saya jelaskan, ikut situasi dan pemahaman saya.  Sebelum ini, bila dipanggil Cik, saya cenderung untuk jadi kurang profesional. Kadang-kadang tu jadi gedik. Situasi itu seringkali mengundang rasa kurang selesa di kalangan orang sekeliling saya.  Tapi, bila saya dipanggil Puan, automatik jadi ayu. Jadi lembut, dan ada masanya nampak ketegasan saya. Dan bila saya dipanggil Puan, saya rasa lebih dihormati berbanding ketika saya dipang...

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1447H/2026M Bagi Negeri Selangor

Image
 Sebab esok tengok anak bulan Ramadan. Kalau nampak, makanya Rabu ni kita mula berpuasa. Kalau tidak, makanya kita akan mula berpuasa pada hari Khamis.  Dan seperti biasa, anak rantau seperti saya (cewah!) akan alert dengan waktu imsak dan waktu berbuka sepanjang bulan Ramadan ini.  Sebenarnya sepanjang tahun pun memang alert dengan waktu solat, sebab biasa puasa sunat Isnin Khamis, dan puasa Yaumul Bidh. Jadi tak ketara sangat la alert tu.  Saya paparkan untuk negeri Selangor sahaja. Untuk negeri lain, boleh tengok di SINI