Baca Asmaul Husna Setiap Hari
Mohon abaikan sambal dalam gambar tu. Gambar ni diambil sebelum puasa. Hehehe
On the serious note, saya masih mengamalkan membaca Asmaul Husna pada setiap hari di pejabat sebelum memulakan kerja. Buka Youtube, lepastu baca sambil-sambil makan. Kalau puasa tu lain la cerita.
Kemudian, baru-baru ni saya terima pelajar latihan industri yang menjalani latihan selama 6 hari di bahagian saya. Jadi saya ambil keputusan untuk ajak mereka baca Asmaul Husna bersama-sama. Tapi disebabkan diorang ramai (untuk kali pertama saya terima pelajar latihan industri seramai itu), jadi saya ajak diorang bersama di bilik mini teater je. Untuk makluman, galeri tempat saya bekerja memang ada bilik mini teater yang dilengkapi projektor dan komputer dengan sambungan internet.
Amalan ini masih diteruskan pada bulan Ramadan, malah memang saya usahakan untuk membacanya.
Berikut adalah pautan Youtube Asmaul Husna yang selalu saya buka setiap hari.
Moga perkongsian saya hari ini bermanfaat untuk semua. Aamiin. Salam Jumaat :)

teringat masa sekolah agama sesi petang, tiap2 hari baca asmaul husna. skrg dah lama tak baca, jadi lupa susunan nama2 Allah tu huhu
ReplyDeleteJom mulakan balik! :)
DeleteBagusnya.
ReplyDeleteDahulu saya ada amalkan tapi sekarang istiqamah istighfar.
Kami baca selepas solat subuh berjemaah di surau setiap pagi.
ReplyDelete