Panggilan Apa Yang Sesuai Ni?
Sejujurnya, dahulu mungkin saya akan triggered bila dipanggil Puan. Penat-penat aku mempertahankan kebujangan ini, sesedap kari ayam berempah dia je panggil Puan. Selalu juga saya memperbetulkan panggilan tu.
"Panggil saya Cik."
Lama-lama kan, bila dah banyak jumpa orang, dah banyak membaca, baru faham. Sebenarnya panggilan hormat dalam urusan rasmi adalah Puan. Perlahan-lahan, saya cuba amalkan untuk tidak triggered dengan situasi tersebut.
Bila orang panggil saya Puan, saya senyum dan sahut panggilan tu.
Kenapa? Mari saya jelaskan, ikut situasi dan pemahaman saya.
Sebelum ini, bila dipanggil Cik, saya cenderung untuk jadi kurang profesional. Kadang-kadang tu jadi gedik. Situasi itu seringkali mengundang rasa kurang selesa di kalangan orang sekeliling saya.
Tapi, bila saya dipanggil Puan, automatik jadi ayu. Jadi lembut, dan ada masanya nampak ketegasan saya. Dan bila saya dipanggil Puan, saya rasa lebih dihormati berbanding ketika saya dipanggil Cik.
Lagipun, biasanya panggilan itu akan datang sekali dengan nama panggilan saya, Bai. Jadi bila dipanggil Cik Bai, saya risau panggilan saya tu disalah erti sebagai perkataan carutan. Bahaya tu!
Jadi sekarang, kalau nak panggil saya Puan, saya okey. Lagipun, kata-kata itu kan satu doa. Mana la tahu akan datang, saya betul-betul bergelar Puan. Kan?
Aamiin...

Ya betul tu, panggilan 'puan' memang utk urusan rasmi tak kiralah org tu dah kahwin ke belum kahwin ke, tua ke muda ke, sy dulu aktif join kursus BTN.. masa tu muda lagi belum kahwin, baru habis belajar, tapi masa kursus BTN semuanya dipanggil Puan, so dah biasa dah sejak dari situ lagi
ReplyDeleteOrang lelaki senang, panggil tuan aje.
ReplyDelete