Macam Mana Korang Guna Kad Kredit?
Setel pecah 2 tabung wishlist. Payment wishlist pakai CC dulu. Dah selesai, baru pecah tabung untuk bayar balik CC.
Haritu dah nak tutup semua CC tapi ada yg advice supaya hold 1 CC untuk kegunaan akan datang.
Yang penting, duit kena ada dalam tangan, baru guna CC. Baru bijak.
Dulu masa guna CC, kita guna dulu baru bayar, tapi duitnya tak ada lagi. Itu yang sampai satu level, mampu bayar minimum je. Bila jadi camtu, interest pun makin tunggi dan hutang pun bertambah.
Kerap juga la menangis sebelum tidur fikir hal ni.
Sampai la satu hari, pejam mata je pecahkan tabung emergency untuk bayar hutang CC. Lepas tu bertegas dengan diri sendiri, GUNA CC HANYA BILA ADA DUIT DALAM TANGAN.
Tak mudah. Banyak yang perlu dikorbankan. Tapi bila nampak hasilnya, baru rasa ia berbaloi. Huhuhu
Ada tabung saya buat online, ada tabung saya buat offline. Mana-mana wishlist dengan dana besar dan jangka panjang tu saya buat la online. Mana yang dana kecil dan jangka pendek saya buat offline je iaitu cash. Jadi tak bercampur.
Korang macam mana?
Adakah tabung nya dalam purse tu? Comel² la purse nya..tak pernah Linda ada warna purple mcm ni
ReplyDeleteIni bukan purse kak. Ini binder. Dia macam buku, tapi instead of helaian kertas, diganti dengan envelope saiz wang kertas. Ia memudahkan urusan menyimpan duit bagi mereka yang tak suka duit berlipat. Macam saya. Hehehe
ReplyDeleteKalau di Shopee, kita boleh dapatkan dengan kata kunci "A6 binder wallet" atau "A7 binder wallet"
Setuju guna CC bila ada duit dalam tangan. Bila ada duit confirm kita boleh bayar
ReplyDeleteNampak gaya kena pecah tabung juga ni untuk settlekan CC. Nangis nengok hutang CC ni
ReplyDelete